Satu perkara yang terbaik yang boleh dilakukan oleh seseorang ibu, bapa, datuk, nenek, penjaga, saudara-mara, dan sesiapa sahaja yang terdekat dalam kehidupan seorang anak kecil ialah membantu mereka memahami 'keajaiban' yang terdapat di sebalik muka depan sesebuah buku' kata Anita Silvey, seorang penulis dan pakar buku kanak-kanak. Buku-buku bergarmbar yang disenaraikan di sini dapat membantu anak-anak meneroka 'keajaiban' itu dan memahami dunia mereka sendiri - bergaul, belajar dan sebagainya. Buku-buku ini dipilih untuk dikongsi dan dibacakan dengan lantang bersama anak-anak.
Jelas itu adalah 24 jam yang dibagi menjadi tiga kurun waktu. Dalam setiap kurun waktu tersebut terdapat 7 cerita pendek (ini berarti ada 21 cerpen) yang sudah sukses bikin saya bingung. *Horeee!* Semua judul cerpen dalam buku ini hanya terdiri dari satu kata. Judul-judul tersebut antara lain Narkolepsi, Ketiga, Alice, Sting, Laporan, Alasan.
Ia begitu menghiburkan serta dapat pula memberikan semacam inspirasi, harapan dan kefahaman tentang dunia mereka. Semoga senarai buku ini dapat membantu anak anda memilih buku yang mereka gemari dan membawa mereka menyelami alam 'keajaiban' dalam setiap buku.
Penulis: Amer Haji Matsom Penerbit: Petaling Jaya: Pustaka Tintamas, 2008 Nombor Rujukan: JP AME Ringkasan: Melukis gambar atau menconteng harta awam adalah satu kesalahan. Cerita ini mengisahkan bagaimana tiga orang sahabat ditangkap kerana menconteng. Apakah hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka? Penulis: Awang Lamin Penerbit: Kuala Lumpur: Buku Must, 200- Nombor Rujukan: JP AWA Ringkasan: Akibat iri hati, adik sendiri dijadikan mangsa. Hanya hati yang suci sahaja yang dapat menyambung kembali tali persaudaraan mereka.
Penulis: Bahasa Othman Penerbit: Kuala Lumpur: Pustaka Buana, 2008 Nombor Rujukan: JP BAH Ringkasan: Sebuah judul dari 'Siri Iktibar Simpulan Bahasa' yang mempunyai 8 judul. Cerita-cerita begini memberi pembaca kefahaman yang lengkap atas simpulan bahasa 'Buruk Laku'. Penulis: Bahasa Othman Penerbit: Selangor: Penerbitan PCT, 2008 Nombor Rujukan: JP BAH Ringkasan: Ceritanya halus dan disampaikan dalam bentuk kiasan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Begitulah semua lapan cerita yang terdapat dalam 'Siri Teladan Peribahasa'. Diharap anak-anak yang membaca cerita-cerita ini dapat berlatih bertutur dengan adab yang baik. Penulis: Bibi Muhammad Penerbit: Kuala Lumpur: Pustaka Yamien, 2007 Nombor Rujukan: JP BIB Ringkasan: Kolam tempat tinggal binatang-binatang ini selalu diancam oleh pembangunan.
Apakah yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan kolam mereka dari turut menjadi korban pembangunan? Penulis: Hamdah Mohd Ali Penerbit: Subang Jaya: Impiana Publications & Distriibutors, 2008 Nombor Rujukan: JP HAM Ringkasan: Satu daripada 8 judul 'Siri Cegah Jenayah'. Ia mengisahkan seorang murid yang khayal bermain di 'Pusat permainan video'. Untuk menutup kesalahannya, beliau bercakap bohong dan selalu ponteng sekolah.
Mujurlah, dia dapat diselamatkan oleh kawan-kawan dan gurunya yang faham masalah yang dia hadapi. Penulis: Khadijah Hashim Penerbit: Shah Alam: 'K' Publishing, 2008 Nombor Rujukan: JP KHA Ringkasan: Watak-watak penting dalam cerita ini ialah rama-rama, anak ayam, bunga-bunga, dan seorang nenek. Cerita berlatarbelakangkan sebuah kampung. Anak-anak akan mudah faham dan kenal dengan binatang ternakan dan serangga yang terdapat di sekeliling mereka.
Penulis: Khadijah Hashim Penerbit: Selangor: 'K' Publishing, 2008 Nombor Rujukan: JP KHA Ringkasan: Lima judul terdapat dalam 'Siri Aura Fauna'. 'Sedap rumput enak lagi lobak' ditulis dalam bahasa berirama dalam bentuk pantun. Anak-anak akan tertarik dengan ilustrasi yang dilukis jelas dan berwarna-warni. Amat sesuai dibaca bersama anak-anak dan juga, ia adalah satu peluang baik untuk mengenalkan pantun kepada mereka. Penulis: - Penerbit: Selangor: Buku Prima, 2008 Nombor Rujukan: JP MAR Ringkasan: Kumpulan 20 buah cerita kanak-kanak yang pernah diterbitkan di majalah Pa & Ma. Cerita-ceritanya menarik dan menghiburkan. Tambahan pula, terdapat cara-cara berkommunikasi yang baik yang boleh kita gunakan dengan anak-anak.
Yang penting sekali, membaca cerita-cerita ini bersama anak-anak dapat mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu-bapa dan anak-anak. Penulis: Mastura Abd. Basar Penerbit: Selangor: Sasbadi, 2008 Nombor Rujukan: JP MAS Ringkasan: Hana hilang dompetnya.
Sudah puas dia mencari tapi tidak juga jumpa. Hana bersifat kasar dan menuduh kawan-kawannya yang mencuri. Namun, dia hanya memburukkan keadaan. Penulis: Mohd Helmi Anuar Penerbit: Selangor: Byword Publications, 2008 Nombor Rujukan: JP MOH Ringkasan: Apa itu nilai persahabatan?
Persahabatan adalah hubungan baik diantara dua pihak. Orang yang bersahabat tidak seharusnya mengambil kesempatan diatas sahabatnya kerana ini akan menghancurkan talian persahabatan tersebut. Siri 'Bacaan kegemaranku' mempunyai 8 judul yang mengajar kita nilai-nilai murni ini. Penulis: - Penerbit: Selangor: Education Matters, 2008 Nombor Rujukan: JP MUS Ringkasan: Seekor bangau yang sudah uzur menipu ikan-ikan didalam kolam. Dengan menggunakan helah yang keji, banyak ikan–ikan di kolam itu terpedaya dan menjadi mangsanya.
Bangau telah memakan ikan-ikan itu dengan alasan membawa mereka pindah ke kolam yang baru. Namun, akhirnya Bangau mati dibunuh ketam setelah ia tahu helah si Bangau. Penulis: Noorisah Kamarudin Penerbit: Selangor: Aneka Publication & Distributors, 2007 Nombor Rujukan:JP NOO Ringkasan: Kisah seorang miskin yang mendapat kekayaan. Malangnya, dia tidak dapat mengawal nafsunya. Apakah yang dilakukannya dan apa pula kesudahannya?
Cerita ini dapat menyematkan nilai mulia pada diri anak-anak iaitu mengawal diri dari nafsu tamak haloba. Ini adalah di antara satu kemahiran yang harus difahami oleh semua kanak-kanak. Penulis: Noorisah Kamarudin Penerbit: Selangor: Aneka Publication & Distributors, 2007 Nombor Rujukan: JP NOO Ringkasan: Pak Malau seorang yang jujur. Dia sering dipersenda dan ditipu oleh orang kampung. Walaubagaimanapun, nasib menyebelahi Pak Malau kerana dia jujur dan sentiasa menyerah nasib kepada Allah. Penulis: Normah Mustaffa Penerbit: Selangor: Sasbadi, 2008 Nombor Rujukan: JP NOR Ringkasan: Kisah pelayaran Hang Nadim dari Melaka ke India dan Sri Lanka. Apa yang menarik ialah bahasa istana atau bangsawan yang digunakan dalam cerita ini.
Tentunya ia sangat berbeza dengan buku-buku cerita yang mengunakan bahasa biasa. Satu cara yang baik untuk menambah kosa kata anak-anak. Penulis: Norul Azila Arifin Penerbit: Kuala Lumpur: Kualiti Books, 2009 Nombor Rujukan: JP NOR Ringkasan: Satu diantara 12 judul yang terdapat dalam “Siri Nasihat dari Rimba”. Kanak-kanak sangat suka dengan cerita-cerita binatang kerana dunia haiwan sangat menghiburkan. Disamping itu, anak-anak dapat mengenal persekitaran kehidupan haiwan dan belajar nilai-nilai murni seperti kasih sayang, hormat-menghormati dan tolong-menolong.
Penulis: Norziana Penerbit:Kuala Lumpur: Brainmax Enterprise, 2009 Nombor Rujukan:JP NOR Ringkasan: Sepuluh buah cerita dari 'Siri Bacaan Program Nilam'. Kesemuanya adalah cerita-cerita istana semasa negeri-negeri Melayu diperintah oleh raja-raja Melayu. Selain member anak-anak pengalaman mengunakan bahasa istana atau bangsawan, anak-anak juga berpeluang menyingkap sejarah kehidupan dan tata-tertib serta adab zaman itu. Penulis: Ramuzan Dahlan Penerbit: Selangor: Eagle Publications, 2007 Nombor Rujukan: JP RAM Ringkasan: 'Kerana pulut santan binasa. Kerana mulut badan binasa'. Berhati-hatilah apabila memilih ungkapan kerana ianya boleh menyinggung perasaan orang walaupun kita tidak bermaksud menghina mereka. Apabila orang sudah tersinggung amatlah susah untuk meminta maaf, seperti kata pepatah – 'kalau sudah tersalah cakap, dua-puluh-empat ekor kerbau tak boleh tarik balik.'
Penulis: Razimah Abdul Razak Penerbit: Selangor: Nikaz Publications, 2008 Nombor Rujukan: JP RAZ Ringkasan: Ahmad diberi sebentuk cincin ajaib kerana ia adalah seorang yang baik budi. Apabila memakai cincin itu, Ahmad akan ghaib. Kebolehan ini membuat Ahmad menjadi nakal. Buku ini ditulis dalam dua aksara, jawi dan rumi.
Sangat sesuai untuk anak-anak yang tidak pernah membaca dalam huruf jawi, Di samping itu, mereka juga dapat diperkenalkan pada tulisan warisan bangsa. Penulis: - Penerbit: Johor: Penerbitan Pelangi, 2007 Nombor Rujukan: JP SEM Ringkasan: Anak-anak akan lebih mengenali semut sebagai kumpulan serangga sosial yang hidup berkampung dan masing-masing mempunyai tugas-tugas khas yang dijalankan dengan jujur. Ilustrasi cantik dan berwarna-warni memperkenalkan sifat-sifat murni seperti rajin, berkerjasama dan bertanggung jawab.
Sikap murni ini dapat dijadikan contoh yang baik untuk anak-anak. Penulis: - Penerbit: Selangor: Little Sun, 200- Nombor Rujukan: JP SI Ringkasan: Ayat-ayatnya mudah dan dicetak dalam huruf yang besar.
![Buku cerita dewasa Buku cerita dewasa](/uploads/1/2/5/6/125633785/645109354.jpeg)
Ilustrasi berwarna lembut sangat sesuai untuk dibaca bersama dengan anak-anak yang belum mengenal huruf. Terdapat empat judul dalam Siri Cerita Moral ini. Penulis: Wan Sukeri Wan Ibrahim, Shamsudin Othman Penerbit: Putra Jaya: Selangor: Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia: Sasbadi, 2008 Nombor Rujukan: JP WAN Ringkasan: Mengisahkan perihal seorang puteri bangsawan waktu zaman pemerintahan Melaka. Tun Fatimah ialah seorang yang cantik rupawan, manis mulut, baik ahlak dan mulia hati. Ini menyebabkan beliau menjadi rebutan dikalangan orang-orang berkuasa, berpangkat dan berharta sehingga menimbulkan banyak fitnah keatas keluarganya. Bagaimana Tun Fatimah mengatasi masalah-masalah ini sehingga digelar srikandi?
Penulis: Zahani Md Nor Penerbit: Selangor: Ilmu Bestari Utara Enterprise, 2008 Nombor Rujukan: JP ZAH Ringkasan: Seorang yang mulut manis dan baik hatinya mendapat emas sebagai balasan. Tetapi, hati yang busuk dan bahasa yang kasar akan mendapat balasan yang setimpal. Satu cerita yang menarik untuk diceritakan pada anak-anak.
Penulis: Zuelin Ayub Penerbit: Selangor: Penerbit Zharfan, 2008 Nombor Rujukan: JP ZUE Ringkasan: Ayah Hafizam sakit lumpuh. Adiknya pula sakit jantung. Ibunya terpaksa menyara keluarganya dengan berkerja di kilang kasut. Hafizam yang cerdik, rajin dan prihatin dengan keadaan keluarganya, menjadi pemain muzik jalanan untuk mendapatkan sedikit wang saku.
Kawan-kawannya menghinanya, tetapi ada juga yang menyokongnya. Patutkah dia berhenti menjadi pemuzik jalanan dan hanya tumpukan kepada pelajarannya? The book covers are the copyright of the respective publishing companies.